Penghayatan sejarah pupuk kefahaman gagasan Malaysia MADANI dalam kalangan pelajar

KEMASIK – Penghayatan terhadap sejarah pembinaan negara sejak zaman prakemerdekaan menjadi landasan penting dalam memupuk kefahaman pelajar terhadap gagasan Malaysia MADANI, kata Penolong Kanan Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Ruhani Mamat.

Beliau berkata, dengan memahami susur galur perjuangan negara, pelajar lebih mudah menghayati mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan gagasan Malaysia MADANI selepas berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pascapilihan raya umum lalu.

“Pelajar yang mengenal sejarah akan lebih jelas dengan nilai dan prinsip yang terkandung dalam Malaysia Madani, kerana ia lahir daripada aspirasi perjuangan masa lalu dan keperluan semasa negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Minggu Halatuju Pelajar Semester 1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2026 peringkat daerah Kemaman di sini, pada Rabu.

Program yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu turut menampilkan slot khas berkaitan Malaysia MADANI, sebagai usaha memperkukuh pemahaman pelajar terhadap agenda negara.

Slot berkenaan dikendalikan oleh Roslina Abu Samah dari Unit Tingkatan Enam, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman, dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Kemaman yang diwakili pegawainya, Ahmad Nadhir Yob.

Dari kiri: Roslina, Ruhani dan Ahmad Nadhir

Roslina turut merakamkan penghargaan kepada JKOM atas komitmen berterusan dalam menjayakan slot pengisian Malaysia MADANI khusus buat pelajar baharu Tingkatan Enam.

“Kerjasama strategik antara JKOM dan PPD Kemaman ini telah memasuki tahun kedua, dan kami berharap ia dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Tahun ini, seramai 85 pelajar mendaftar untuk mengikuti pengajian Tingkatan Enam di SMK Badrul Alam Shah, menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri