Penggunaan vape bahan terlarang semakin membimbangkan – Abdul Karim

KUCHING – Sarawak menggesa agar penjualan vape diharamkan terutama mengandungi bahan terlarang termasuk mushroom dan dadah sintetik susulan trend membimbangkan penyalahgunaan vape dalam kalangan remaja.

Gesaan itu turut mendapat perhatian Majlis Raja-Raja Melayu yang dalam Mesyuarat Ke-269 baru-baru ini mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk mengharamkan penjualan vape demi melindungi kesejahteraan rakyat dan generasi muda negara.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Pengerusi Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penyalahgunaan vape kini semakin serius dan tidak boleh lagi dianggap isu remeh.

“Vape pada mulanya diperkenalkan sebagai alternatif untuk berhenti merokok. Tapi sekarang ia disalah guna untuk campuran dadah, termasuk mushroom. Ini amat membimbangkan kerana boleh membawa kepada penagihan yang lebih serius,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2025 pada Rabu.

Menurutnya, berdasarkan data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, Sarawak mencatatkan kadar penggunaan vape tertinggi dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun dengan anggaran prevalens 20.3 peratus atau 39,608 individu.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, statistik terbaharu juga menunjukkan peningkatan kes penyalahgunaan dadah sebanyak 51.4 peratus sehingga 31 Mac 2025 berbanding tahun sebelumnya, dengan 98 peratus daripada mereka yang terlibat berusia antara 15 hingga 39 tahun.

“Saya berharap Kerajaan Persekutuan dan ahli Parlimen di Dewan Rakyat dapat melihat isu ini dari semua sudut sama ada mengharamkan sepenuhnya penjualan vape ataupun membenarkan hanya produk yang mengandungi nikotin dan bukan bahan terlarang,” tegasnya.

Sementara itu, Majlis Raja-Raja Melayu dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-269 turut mengambil maklum kebimbangan rakyat dan pakar kesihatan terhadap peningkatan penggunaan vape, terutama dalam kalangan belia dan pelajar.

Mesyuarat itu, yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyeru agar kerajaan menggubal dasar yang lebih tegas termasuk pengharaman penjualan vape, dan mengingatkan agar isu itu tidak dipolitikkan serta dilihat dari sudut kepentingan jangka panjang rakyat.

Justeru, Abdul Karim menyeru semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta dan komuniti tempatan agar memperkukuh kerjasama strategik bagi melaksanakan langkah pencegahan, pemulihan dan pendidikan secara menyeluruh.

“Kita perlu bertindak segera dan holistik, bukan sekadar menguatkuasa, tetapi memberi peluang pemulihan kepada remaja serta sokongan kepada komuniti agar Sarawak bebas daripada ancaman vape dan dadah,” katanya.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta