Pengendali platform media sosial wajar sekat aktiviti jenayah, bukan hanya ambil wang rakyat – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pengendali platform media sosial perlu lebih proaktif dalam membantu kerajaan menyekat sebarang aktiviti tidak bermoral serta menyalahi undang-undang di akaun media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mendapati pengendali platform berkenaan biasanya lambat bertindak dan hanya menurunkan kandungan seumpama itu sekiranya menerima aduan daripada pihak berkaitan.

Beliau memberi contoh beberapa minggu lepas, apabila tular di platform X mengenai satu laman Facebook yang menjurus kepada kesalahan berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung bantuan teknikal mengenai hal tersebut, dan saya serahkan kepda PDRM untuk ambil tindakan dalam isu ini.

“Saya percaya Meta (penyedia platform) telah menurunkan kandungan itu, tapi masalahnya Meta tidak proaktif, hanya setelah dibangkitkan, baru (buat) dan sepatutnya dia telah flag daripada awal. Ini antara sebab kenapa kita mahu platform-platform ini dilesenkan secara automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Carian Antarabangsa Ke-8: ‘Evolusi Media – Mengemudi Kelestarian dan Gangguan dalam Dunia Dinamik’ di Taylor’s University, di Subang Jaya, lapor Bernama pada Isnin.

Fahmi berkata, penyedia platform media sosial sepatutnya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) masa kini dalam menyekat anasir-anasir yang memudaratkan itu.

“Apa guna ada AI? Apa guna mereka ambil duit dari rakyat Malaysia iaitu pendapatan Facebook pada tahun 2023 adalah RM2.5 bilion… takkan mereka tidak ada untuk nak buat saringan automatik terhadap halaman-halaman jenayah ini?” katanya.

Sehubungan itu Fahmi mengulangi bahawa langkah memperkenalkan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah tepat, demi mengekang tiga jenayah utama yang kini ‘berhijrah’ ke ruang maya iaitu scam dan judi dalam talian, buli siber serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Related Posts

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

CEBU – Kerajaan menegaskan setiap cadangan untuk meningkatkan hasil negeri perlu dinilai secara berhati-hati dengan mengambil kira kesan terhadap ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

KOTA KINABALU – Program Viral Lab MADANI menjadi platform pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional dalam menghasilkan kandungan video kreatif dan berimpak selaras era digital. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam