Dusuki Mokhtar dilantik Peguam Negara ganti Terrirudin

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara (AG) yang baharu berkuat kuasa mulai 12 November 2024.

Pelantikan beliau ini menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelantikan Dusuki itu dibuat selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong .

Menurut kenyataan media KSN pada Isnin, Dusuki dilahirkan di Machang, Kelantan, kini berusia 57 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia.

“Beliau mempunyai pengalaman yang luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di Jabatan Peguam Negara.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Terrirudin atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” katanya.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang