Pengamal media baharu perlu pertahan kredibiliti, pelihara etika kewartawanan

TAWAU – Pengamal media baharu diingatkan agar mempertahankan kredibiliti dan memelihara etika kewartawanan bagi memastikan setiap maklumat yang disampaikan kepada masyarakat adalah sahih, tepat dan bertanggungjawab.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ia susulan kewujudan segelintir individu yang tidak mempunyai latar belakang kewartawanan tetapi bertindak seolah-olah pengamal media.

“Kita melihat ada mereka-mereka yang tidak sepatutnya menjadi wartawan tapi berlagak seolah-olah merekalah wartawan sehingga etika kewartawanan itu tidak diambil berat.

“Akhirnya kesalahan itu dipalitkan dengan media massa,” katanya kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik media antara Indonesia-Malaysia di Konsulat Republik Indonesia Tawau, pada Sabtu.

Persefahaman itu termeterai antara tiga media haharu Sabah iaitu Misi Faza Sdn Bhd (Sabahnewstoday.net), Tuntas Media Sdn Bhd (deasoka.com) dan Sri Melati Media Sdn Bhd (dakwatrakyat.com) bersama PT. Wira Nuswantara Actadiurna (satukaltara.com).

Dalam pada itu, Nizam yang juga ADUN Apas berharap agar pengamal media massa mengambil komitmen MoU sebagai contoh memperkukuh kerjasama serta kolaborasi dalam memartabatkan etika kewartawanan.

“Sama ada terlibat dalam media arus perdana atau platform media sosial, tatasusila dan etika penyampaian maklumat perlu sentiasa dipelihara kerana tanggungjawab wartawan adalah untuk menyatupadukan masyarakat, bukan mencetuskan perpecahan,” tegasnya.

Jelas Nizam, dalam dunia media sosial yang pantas dan terbuka, salah faham boleh berlaku hanya melalui satu maklumat yang tidak tepat atau disalah tafsir.

“Sebagai contoh, isu berkaitan sempadan baharu di Pulau Sebatik yang menjadi perhatian masyarakat itu memerlukan penyampaian maklumat yang tepat, berimbang dan berdasarkan fakta rasmi supaya tidak menimbulkan kekeliruan atau ketegangan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara,” ujarnya.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi