Penduduk Sungai Baji terkejut kehadiran buaya

SARIKEI – Penduduk Sungai Baji digemparkan kehadiran seekor buaya yang tiba-tiba muncul berhampiran sungai di penempatan mereka.

Sejurus itu, salah seorang penduduk yang tersedar dengan kehadiran buaya tersebut terus menghubungi Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sarikei.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt (PA) Sahrol Azizi Zaid berkata pihaknya terus ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan tersebut pada 4.40 petang pada Selasa.

“Menurut pengadu, dia terkejut dengan kehadiran buaya kerana lokasi tersebut sering dikunjungi untuk mencari rezeki,” kata Sahrol.

Tambah Sahrol, pengadu terus membuat panggilan kecemasan APM disebabkan bimbang dengan keselamatan orang awam.

“Sebaik kami ke lokasi kejadian, haiwan tersebut sudah pun mati dan dipercayai terkena tembakan,” tambahnya.

Jelas Sahrol, bangkai buaya kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi (PKOD) Sarikei sebelum diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang