Anak muda diseru manfaat pengetahuan sains dan digital – Gerald Rentap

BETONG – Anak muda diseru memanfaatkan teknologi sains dan digital supaya dapat menjadi penggerak bidang diterokai oleh Sarawak iaitu ekonomi hidrogen.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu berkata kemahiran tersebut sangat berharga supaya dapat menjadi pelapis yang berkembang maju.

“Kerajaan Sarawak menyediakan peluang pendidikan percuma di beberapa institusi pendidikan,” ujar beliau.

Tambah beliau, masa depan negara dan bangsa bergantung kepada kemampuan golongan beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program ‘Youth Unplugged (YoU) 1.0 2024’ di Dewan Wawasan Anak Mansang, SK Nanga Ajau, Betong pada Ahad.

Gerald Rentap merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar berkata Program Youth Unplugged menjadi platform anak muda berkongsi ilmu dan pengalaman.

“Kemahiran kerja berpasukan, kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan serta kemahiran etika moral dan profesional antara fokus utama dalam program Youth Unplugged,” ujar beliau lagi.

Related Posts

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melakukan pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah Miri dan merampas 55 kilogram (kg) dadah methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.75 juta dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun