Penduduk Rumah Panjang Spencer Biju, Ulu Sebetan tinggal sehelai sepinggang

SARATOK – Seramai 84 penduduk Rumah Panjang Spencer Biju, Ulu Sebetan tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang 26 pintu tersebut ranap dan hangus terbakar pada tengah hari tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar 12 tengah hari tadi berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 2 petang oleh pasukan bomba dengan dua jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Saratok dan Sarikei setelah menerima laporan sekitar 1 petang.

Selain itu, mereka turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarelawan Roban.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik bergegas ke tempat kejadian untuk memastikan bantuan segera diterima oleh mangsa kebakaran sejurus sahaja mendengar berita kejadian tersebut.

Setakat ini, kebakaran yang dilaporkan tidak melibatkan sebarang kecederaan dan mangsa.

Sebagai langkah awal, mangsa yang terlibat dibantu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan Kerjasama Pejabat Daerah Saratok membekalkan segala keperluan terutama bekalan makanan kepada mangsa yang terlibat.

Mangsa yang terlibat akan ditempatkan di penempatan sementara di Dewan Serbaguna Roban.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16