
PENAGA – Ribut petir yang berlaku pada Isnin menyebabkan kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan di Penaga termasuk Jalan Lahar Endin ke Taman Penaga, di mana telah berlaku kejadian pokok tumbang sehingga menghalang laluan tersebut.
Sehubungan dengan itu, Angkatan Pertahanan Awam(APM) dengan pantas turun ke kawasan yang terjejas untuk menebang dan membuka semula laluan tersebut.
Pegawai Penyelaras KADUN Penaga, Ustaz Mohd Naim bin Haji Salleh menzahirkan ucapan terima kasih kepada APM yang diketuai oleh Leftenan (PA) Noor Mohd Saidi bin Mohd Noor bersama pasukan APM Kepala Batas yang turun padang membantu menebang pokok dan membuka semula laluan yang terjejas.

“Dengan kesungguhan APM, masyarakat Penaga yang terutamanya menggunakan jalan Lahar Endin ke Taman Penaga sebagai jalan utama, dapat menggunakan semula selepas kerja membuka semula laluan selesai,” katanya.





