Kilang kimia terbakar: Penduduk di Nusa Bayu diminta tingkatkan kawalan kendiri

ISKANDAR PUTERI – Penduduk di sekitar Nusa Bayu di sini, dinasihatkan untuk meningkatkan kawalan kendiri susulan kejadian kebakaran di salah sebuah kilang kimia yang berlaku pagi tadi.

Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Yusli Yusof berkata, kejadian menimpa Kawasan Peridustrian SILC, di sini itu dikhuatiri boleh mengakibatkan masalah kesihatan berikutan asap kimia terhasil mengandungi bahan berbahaya.

“Saya menasihati semua agar mengambil langkah berjaga-jaga ketika ini iaitu dengan memakai pelitup muka yang sesuai seperti N95 bagi melindungi diri daripada asap dan bahan berbahaya di udara.

“Selain itu, mereka yang berada di luar dinasihatkan untuk menutup kepala dan kulit bagi tujuan mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya yang mungkin terkandung dalam asap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, penduduk di kawasan terjejas juga disaran untuk sentiasa menutup rapat pintu dan tingkap kediaman bagi mengelakkan kemasukan asap.

“Dalam masa sama, elakkan sebarang aktiviti luar serta patuhi arahan pihak berkuasa termasuklah arahan berpindah sekiranya perlu,” katanya.

Dalam kejadian pukul 11.40 pagi tadi, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran empat gudang di kawasan terbabit sehingga mengakibatkan tiga pekerja warga asing di situ cedera.

Justeru, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Muhammad Al-Mustakin Abdul Hady berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengesan punca sebenar insiden tersebut.

“Keempat-empat gudang ini merupakan tempat penyimpanan yang dimiliki oleh tiga syarikat berlainan dan kita dapati kebakaran bukan bermula dari gudang mempunyai thinner itu.

“Bagaimanapun, kita akan serahkan kepada pihak forensik untuk menjalankan siasatan sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kebakaran empat gudang di Taman Perindustrian SILC berjaya dikawal sepenuhnya sekitar pukul 1.34 petang tadi.

Jelasnya, kebakaran itu setakat ini telah menyebabkan tiga buah gudang musnah sebanyak 80 peratus dan sebuah lagi musnah sebanyak 10 peratus.

“Kami sedang melakukan pemantauan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api kecil yang boleh menyebabkan kebakaran kembali berlaku di lokasi kejadian,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16