Penduduk Alor Setar rindu kepimpinan Allahyarham Ustaz Azizan

ALOR SETAR – Selepas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Menteri Besar, penduduk di bandaraya Alor Setar sangat mengharapkan pelbagai pembangunan dapat dilakukan.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini Sanusi dikatakan gagal membawa sebarang pembaharuan dalam pembangunan di Alor Setar dan penduduk di situ mula kecewa.

Pada hari ini mereka lebih suka membandingkan kepimpinan beliau dengan arwah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak atau lebih mesra lagi dengan nama Ustaz Azizan yang kedua-duanya adalah dari Pas.

Difahamkan Ustaz Azizan semasa kepimpinannya banyak ‘membersihkan’ bandar raya itu dari segala ‘kekotoran’ hingga menjejaskan bandar raya itu.

Kejayaan Ustaz Azizan menjadikan Aman Central yang dahulunya dikenali dengan nama Komplek Tunku Yaakob sebagai pusat beli belah telah menjadikannya mercu tanda di bandar raya itu sehingga hari ini.

Sebelum ini bangunan Komplek Tunku Yaakob itu terbiar hingga puluhan tahun dan menjadi ‘kudis’ kepada pemandangan di bandar raya itu.

Setiap pelancong yang datang ke situ untuk melihat pemandangan di sekitar bandar raya melalui Menara Telekom pasti kecewa.

Bagaimanapun dengan kebijaksanaan arwah akhirnya bangunan yang terbiar sekian lama itu telah dijadikan pusat beli belah hingga menjadi mercu kejayaan semasa kepimpinannya.

Pada hari ini penduduk di situ mahu Sanusi mahu melakukannya seperti Ustaz Azizan tetapi ramai kecewa sehingga ada di antaranya terasa seperti tertipu selepas memilih Pas memimpin kerajaan negeri hari ini.

Selepas sekian lama, Sanusi dikatakan gagal membawa pembaharuan di bandar raya itu dan hanya bergantung kepada kejayaan hasil tangan pemimpin yang kemudian.

Kejayaan Ustaz Azizan memindahkan pusat sembelihan babi di pasar Kampung Berjaya merupakan detik kegembiraan yang sangat dinanti oleh penduduk di situ.

Pelbagai isu timbul selepas arwah cuba memindahkannya dengan mendapat pelbagai bantahan dari pelbagai pihak.

Bagaimanapun dengan kebijaksanaan Ustaz Azizan masalah yang berlarutan selama 40 tahun itu akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.

Selepas kejayaan itu penduduk Kampung Telok Yan yang berhampiran dengan pusat penyembelihan babi telah melakukan kenduri kesyukuran selepas segala kedukaan yang mereka tanggung selama ini selesai dengan baik.

Kini tapak sembelihan babi itu dijadikan kawasan letak kereta dan tempat perniagaan bagi pasar Kampung Berjaya pada hari ini.

Kejayaan ini menyebabkan pasar itu antara menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada Jumaat.

Kejayaan Ustaz Azizan itu sudah pasti tidak dapat dilupakan oleh penduduk di bandar raya ini dan sekali gus membolehkan pelancong berminat dan terus datang untuk melawat bandar raya itu.

Ini berbeza dengan kepimpinan Sanusi pada hari ini dikatakan banyak berpolitik hingga menyebabkan pembangunan bandar raya diabaikan.

Sekarang penduduk bandar raya itu terasa tertipu apabila segala janji ditaburkan semasa pilihan raya lalu masih tidak ditunaikan bagi menjadikan bandar raya ini setanding dengan negeri lain.

Kelemahan yang ada pada Sanusi semasa kepimpinannya pada hari ini pasti akan dihukum oleh penduduk di bandar raya ini pada pilihan raya akan datang.

Ramai penduduk di sini merasa ‘melugai’ (muak) dengan sikapnya yang syok sendiri dan sanggup maki hamun kepada mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Penduduk bandar raya ini mahukan kepimpinan dan peribadi seperti Ustaz Azizan yang lebih berhemah dan berbudi pekerti apabila turun bertemu masyarakat di bandar raya ini.

Inilah kepimpinan yang dituntut oleh Islam dan bukannya menunjuk budaya samseng apabila berceramah di atas pentas.

Penduduk Kedah dikatakan malu mendapat seorang pemimpin seperti Sanusi pada hari ini.

Related Posts

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

KUALA PERLIS – Kelicikan sindiket penyeludupan dadah yang menyusup perairan negara dalam kegelapan malam bagaimanapun tidak dapat mengaburi pihak berkuasa. Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, sepasukan anggota penguatkuasaan marin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

SARIKEI – Jambatan Batang Rajang yang menghubungkan dari Sarikei ke Tanjung Manis secara rasmi dibuka pada Khamis menawarkan kemudahan baharu yang akan memendekkan perjalanan penduduk kawasan sekitar.  Menurut kenyataan rasmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

Sejarah Operasi Semut 1945 ubah landskap masyarakat Bario

Sejarah Operasi Semut 1945 ubah landskap masyarakat Bario

Majlis pecah tanah Masjid MADANI berjalan lancar

Majlis pecah tanah Masjid MADANI berjalan lancar