Penangan rakyat raikan Bantuan RM100 SARA One-Off

SISTEM tergendala! Sampai begitu sekali penangan rakyat ‘meraikan’ kemasukan Bantuan RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off. Panjang beratur di kaunter bayaran tak payah cakaplah, boleh putus asa dibuatnya. Tapi teruja nak bayar guna kad pengenalan punya fasal, pantang berundur.

Masakan sistem tidak tergendala, hari pertama sahaja lebih 850,000 rakyat berjaya memanfaatkan bantuan ini dengan RM50 juta dicatat. Wow!

Melihatkan ‘kemeriahan’ begini, bibir mengukir senyum memperhatikan pelbagai gelagat. Semua mata melilau mencari rak yang menempatkan barangan yang boleh ditebus dengan penggunaan bantuan khas ini. Terujanya lain macam, ditambah pula bantuan ini masuk tepat pada waktunya, iaitu di awal bulan.

Terima kasih buat premis-premis yang mengambil inisiatif mengumpulkan barangan-barangan ini di lorong khas, malah pelekat SARA juga ditampal dengan baik memudahkan pilihan dibuat tanpa perlu mengagau-ngagau mencari.

Meninjau ke dalam troli, kebanyakannya mengambil barangan asas seperti telur, mi segera, minyak masak dan paling wajib, semestinya beras. Lepas dah untuk dibuat makan seminggu dua buat keluarga besar dan keluarga kecil mungkin boleh bertahan sehingga hujung bulan.

Ada juga ibu bapa yang bertanyakan anak-anak apa yang mereka mahukan. Secara tidak langsung, bantuan yang diterima ini membuka peluang kepada ibu bapa untuk memenuhi kehendak anak-anak yang mungkin tergendala sebelum ini.

Situasi ini membuktikan seperti apa yang dikata, “Bantuan RM100 ini mungkin tidak seberapa bagi yang kaya, tapi ia bermanfaat bagi yang memerlukan.”

Dalam sesetengah pihak meremeh-remehkan bantuan ini, ternyata ada begitu ramai sekali rakyat yang menanti-nantikan dan menghargainya. Pemberian ini mungkin tidak mengangkat kepayahan hidup, tetapi ia sekurang-kurangnya meringankan beban yang ditanggung.

Terima kasih PMX! Terima kasih mengambil berat kegusaran rakyat dalam menjalani kehidupan. Pemberian bantuan ini pasti diingati dan dimohon benda baik seperti ini diteruskan untuk jangka masa panjang, tidak lain tidak bukan demi kesejahteraan rakyat.

Buat yang belum berkesempatan memanfaatkan bantuan ini, usah gusar kerana tarikh matinya hingga bulan Disember 2025. Nak belanjakan sekali gus boleh, nak guna sikit-sikit pun tiada masalah. Benda boleh relaks, kenapa nak gopoh, kan…?

Tetapi sebelum itu, semak dulu kelayakan di pautan rasmi SARA https://sara.gov.my/ atau laman web rasmi MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.

Untuk lebih mudah, boleh muat turun aplikasi MyKasih di Play Store bagi pengguna telefon pintar Android atau App Store bagi pengguna iPhone. Ia boleh ditebus menggunakan MyKad masing-masing untuk bayaran secara tanpa tunai.

Related Posts

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

ISU royalti petroleum kembali dipolemikkan seolah-olah wujud ketidakadilan besar terhadap negeri pengeluar seperti Terengganu. Namun, persoalan sebenar yang perlu ditanya bukanlah ‘berapa banyak negeri terima’, tetapi bagaimana sistem ini sebenarnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam