Penambahbaikan manual Kor Suksis perkasakan mahasiswa terbilang

KANGAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Sekretariat Tetap Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) telah membangunkan serta menambah baik manual Kor Suksis bagi memastikan pembentukan mahasiswa yang lebih berkualiti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, usaha tersebut bertujuan memperkasakan keperibadian anggota Kor Suksis supaya mereka dilengkapi dengan kemahiran, akhlak, rohani dan insaniah yang unggul.

“Kor Suksis bukan sekadar program kokurikulum di universiti, tetapi ia adalah platform terbaik bagi membentuk mahasiswa yang berdisiplin, berintelektual serta mempunyai jati diri yang kukuh.

“Dengan pembelajaran sepanjang hayat sebagai asas, Kor Suksis mampu melahirkan generasi pemimpin masa depan yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia moden,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor Suksis (SMART Suksis) 2.0 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) hari ini.

Menurut beliau, sejak penubuhannya, Kor Suksis telah menganjurkan 20 Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Inspektor Kor Suksis, dengan hampir 25,000 mahasiswa dan mahasiswi ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Suksis.

Tambahnya, sebahagian daripada mereka telah berjaya menyarung seragam PDRM dan mengisi jawatan kritikal seperti Unit Tindak Khas, Komando 69, Pasukan Gerakan Udara dan Marin serta Unit Pemusnah Bom.

“Angka ini jelas membuktikan keberkesanan Kor Suksis dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga mempunyai daya kepimpinan dan disiplin yang tinggi dalam kerjaya kepolisan,” ujarnya.

Beliau berharap usaha memperkasakan manual Kor Suksis ini akan terus diperkukuhkan agar program tersebut dapat menghasilkan lebih ramai mahasiswa yang bersedia menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan negara.

Related Posts

FELCRA sasar hasil 1.5 juta ayam pedaging setahun

ROMPIN – FELCRA meletakkan sasaran pengeluaran 1.5 juta ayam pedaging setahun melalui Kompleks Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) FELCRA Berhad di Tanjung Seratus, dekat Kuala Rompin. Timbalan Perdana Menteri yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kor suksis perlu lebih berdaya saing – Raja Muda Perlis

ARAU – Kor Sukarelawan Polis Siswa (Kor Suksis) perlu lebih berdaya saing dan relevan dengan perkembangan semasa bagi menarik minat generasi muda. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RUU Majlis Media Malaysia 2024 diluluskan selepas 52 tahun

  • By Mai S
  • February 26, 2025
RUU Majlis Media Malaysia 2024 diluluskan selepas 52 tahun

Fitnah dahulu kemudian minta maaf, senjata Pas untuk lepaskan diri

Fitnah dahulu kemudian minta maaf, senjata Pas untuk lepaskan diri

FELCRA sasar hasil 1.5 juta ayam pedaging setahun

FELCRA sasar hasil 1.5 juta ayam pedaging setahun

Warga Israel dihukum penjara 7 tahun miliki peluru, senjata api