Kor suksis perlu lebih berdaya saing – Raja Muda Perlis

ARAU – Kor Sukarelawan Polis Siswa (Kor Suksis) perlu lebih berdaya saing dan relevan dengan perkembangan semasa bagi menarik minat generasi muda.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Kor Suksis harus beradaptasi dengan cabaran digital masa kini melalui pendekatan lebih inovatif dan fleksibel.

“Generasi Z merupakan aset negara yang memiliki kemahiran teknologi tinggi, pemikiran kritis dan daya kreativiti luar biasa.

“Oleh itu, pendekatan latihan kepolisan perlu disesuaikan dengan keperluan serta minat mereka,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Smart Suksis 2.0) Universiti Awam Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Dewan Ilmu, Kampus UniMAP, hari ini.

Menurut baginda, Kor Suksis boleh menarik lebih ramai penyertaan dengan memperbanyakkan program berkaitan keselamatan siber, kesedaran sosial dan kesejahteraan mental.

“Aktiviti fizikal seperti sukan, cabaran ketahanan dan senamrobik yang menguji daya tahan serta kerjasama juga mampu meningkatkan daya saing pasukan ini.

“Latihan kepolisan juga boleh diperkaya dengan elemen kreatif seperti pembangunan alat keselamatan, simulasi penyiasatan jenayah serta penggunaan teknologi dalam latihan interaktif,” titah baginda lagi.

Baginda turut menekankan kepentingan penglibatan pelatih dalam aktiviti keselamatan masyarakat seperti ceramah keselamatan di sekolah dan latihan pertolongan cemas bagi meningkatkan kesedaran awam.

Menurut baginda, memberi ruang kepada Generasi Z dalam perancangan dan pengurusan program Kor Suksis boleh meningkatkan rasa tanggungjawab serta komitmen mereka terhadap pasukan.

Baginda yakin dengan pendekatan lebih inklusif dan fleksibel, Kor Suksis dapat menyeimbangkan struktur dengan inovasi, disiplin dengan empati serta tradisi dengan kemodenan.

Seminar Smart SUKSIS 2.0 ini dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Tetap Kor Suksis UA dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain serta Naib Canselor Unimap, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara