Penamatan konflik Thailand-Kemboja manifestasi peranan penting, diplomasi Malaysia

Oleh: Khairil Hilmi Mokhtar

TANGGAL 28 Julai 2025 menyaksikan pemimpin Thailand dan Kemboja bersetuju bertemu di Putrajaya, Malaysia bagi tujuan mencari jalan penamatan konflik sempadan dua negara yang telah meragut nyawa dan menyebabkan berlaku krisis kemanusiaan rakyat kedua-dua negara.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting selaku Pengerusi ASEAN untuk meyakinkan pemimpin kedua-dua negara untuk berdialog bagi mencari jalan penyelesaian bersama.

Usaha menamatkan konflik ini memerlukan komitmen tinggi setiap pihak dan selaku orang tengah dalam usaha tersebut, bukan mudah peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Personaliti Datuk Seri Anwar yang dikenali dunia sebagai tokoh yang berwibawa di persada antarabangsa telah membolehkan persefahaman untuk bertemu di Malaysia dapat diyakinkan dalam jangka masa yang singkat.

Kepercayaan yang diberikan oleh kepimpinan Thailand dan Kemboja akan cadangan Malaysia agar dialog damai dilaksanakan segera membuktikan keupayaan Datuk Seri Anwar sebagai perunding cara yang berkemampuan dalam meraih komitmen kedua pihak bertelagah untuk menghentikan sengketa bersenjata daripada terus marak dan menjadi tragedi yang lebih besar.

Menamatkan konflik yang sekian lama menghambat keharmonian dua negara memerlukan pihak ketiga yang mampu mencadangkan medan persefahaman bersama di sebalik pertelingkahan yang kompleks dan mempunyai parut sejarah yang panjang di antara Thailand dan Kemboja.

Meyakinkan dua pihak bertelagah untuk mencapai kesepakatan bersama bukan mudah kerana suatu toleransi perlu dicapai oleh setiap pihak.

Dalam persekitaran dan cabaran geostrategik yang dinamik, bukan mudah untuk membawa dua pihak yang berkonflik untuk bersetuju berdialog demi mencapai kesepakatan untuk menamatkan pertempuran yang mengorbankan jiwa dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Masyarakat dunia memerhati rapat apakah hasil dialog yang dianjurkan oleh Malaysia ini dapat membawa kepada penamatan konflik dan keamanan kedua-dua negara.

Rakyat kedua-dua negara menantikan adakah pertelingkahan bersenjata ini dapat ditamatkan segera.

Negara-negara jiran di dalam ASEAN berharapan agar konflik ini tidak berpanjangan dan suatu penyelesaian yang realistik dapat dicapai.

Kuasa-kuasa besar dunia juga menaruh harapan agar keseimbangan di antara kemakmuran sosioekonomi dapat dipulihkan dan peperangan ditamatkan.

Menggunakan kekerasan bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Justeru, sebagai pengamal tegar idealisme menggunakan dialog dalam menamatkan konflik, Datuk Seri Anwar telah berjaya membawa dua pihak bertelagah untuk segera menamatkan konflik dan memilih jalan dialog untuk menghentikan pertikaian bersenjata.

Kesediaan pemimpin Thailand dan Kemboja untuk bersetuju dengan pelan damai jangka panjang yang diusulkan Malaysia juga harus dipuji.

Rasional mengatasi emosional. Mencegah kehilangan nyawa yang tidak berdosa itu kerja yang mulia.

Ihsan sesama manusia adalah nilai manusiawi yang diangkat Malaysia sebagai faktor penting yang perlu dikongsi bersama oleh pihak-pihak yang bertelagah.

Keyakinan akan pertelingkahan boleh diselesaikan tanpa pertumpahan darah membolehkan usul yang dibawa Malaysia diterima Thailand dan Kemboja.

Kejayaan menamatkan konflik bersenjata dua negara ini melalui usaha diterajui Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini cerminan bahawa selaku Pengerusi ASEAN, beliau telah berjaya memainkan peranan membawa mesej damai di antara dua rakan ahli dalam gabungan negara-negara di Asia Tenggara.

Sudah pasti, kejayaan mewujudkan gencatan senjata ini diterima baik oleh rakyat dua negara yang menjadi mangsa akibat pertempuran di kawasan pertikaian.

Warga antarabangsa juga menarik nafas lega kerana dunia tidak mampu lagi melihat konflik antara negara berterusan dan menghambat keamanan dunia.

Kejayaan ini milik seluruh rakyat Malaysia dan telah mengangkat martabat negara di persada antarabangsa.

Nilai-nilai gagasan Malaysia MADANI yang dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya membawa kepada penamatan konflik dan mengembalikan kesejahteraan dalam hubungan dua negara yang terkesan akibat pertelingkahan bersenjata.

*Penulis ialah Penganalisis Keselamatan dan Geostrategik

Related Posts

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

KENYATAAN terbaharu Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim bahawa Malaysia tidak sepatutnya menaikkan harga minyak kerana negara mempunyai pengeluaran sendiri dilihat menarik, namun hakikat sebenar industri minyak global jauh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi untuk rakyat, bukan untuk ketirisan: Fakta yang perlu diketahui

KENYATAAN terbaharu Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Dr Tengku Mohammad Fakhruddin yang cuba menggambarkan kenaikan harga diesel sebagai bukti kerajaan tidak berempati terhadap rakyat sebenarnya adalah naratif politik yang tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang