Pemuda UMNO Pahang lawat PPS, santuni 332 mangsa banjir

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyantuni 332 penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di Dewan Taman Seri Mahkota dan Dewan Orang Ramai Kampung Seri Mahkota, dekat sini, hari ini.

Kunjungan itu diketuai Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim, Ketua Penerangan Pemuda UMNO negeri, Mustaqim Zakaria dan Ketua Puteri UMNO Paya Besar, Nurhidayu Halim.

Turut serta sukarelawan daripada Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) Paya Besar.

Kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) berkenaan diaktifkan sejak malam tadi, susulan limpahan air dari Sungai Belat dan mengakibatkan kawasan kediaman penduduk dinaiki air.

Mohd Kamil berkata, tujuan utama kunjungan mereka ke PPS itu adalah bagi melihat sendiri dan memastikan semua bantuan diperlukan, disalurkan pihak berkenaan.

“Alhamdulillah, secara umumnya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan segala keperluan asas diperlukan mangsa, di samping pasukan keselamatan juga banyak membantu melancarkan urusan pemindahan mereka semalam.

“Begitu juga dengan sukarelawan kita daripada MTSP Paya Besar, mereka juga banyak membantu dan meringankan bebanan mangsa banjir.

“Sama-samalah kita berdoa supaya keadaan cuaca kembali pulih dan penduduk boleh kembali ke rumah masing-masing tidak lama lagi,” katanya.

Untuk rekod, kedua-dua PPS itu berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar.

Dalam pada itu, Mustaqim yang juga penyelaras DUN Lepar merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas JKM yang banyak membantu memudahkan urusan di PPS terbabit.

“Kita dapat lihat kerjasama rapat antara semua agensi dalam membantu dan memberikan perkhidmatan sebaik mungkin kepada penduduk terjejas banjir di sini.

“Saya juga telah meminta penduduk agar memaklumkan segera jika memerlukan bantuan tambahan supaya memudahkan pihak kami menguruskannya,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16