Empat rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Murud Plaman

SERIAN – Empat rumah separuh kekal terlibat dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Murud Plaman, pagi, pada Rabu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 10.59 pagi sebelum menggerakkan Pasukan Keluaran Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian serta BBP Siburan ke lokasi kejadian.

Operasi pemadaman diketuai oleh Komander Operasi Kanan, PPgB Christoper Adrian Winces, yang juga Ketua Balai BBP Serian. 

Difahamkan kebakaran tersebut mengakibatkan tiga rumah musnah hampir sepenuhnya dengan tahap kemusnahan dianggarkan sekitar 90 peratus, manakala sebuah lagi rumah berjaya diselamatkan dan hanya mengalami kerosakan akibat asap dianggarkan kira-kira lima peratus.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

“Pasukan Keluaran Operasi telah melaksanakan kerja-kerja pemadaman dengan membentang satu aliran salur bantu mula dan satu aliran sepanjang 200 kaki menggunakan dua nozel, dengan sumber air diperoleh daripada jentera bomba.

Operasi pemadaman dan pemeriksaan menyeluruh dijalankan sehingga keadaan di lokasi disahkan selamat dan terkawal.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya, pasukan operasi kemudiannya berundur ke balai,” tambah kenyataan itu.

Dalam operasi tersebut, seramai 27 anggota bomba terlibat dengan kekuatan aset melibatkan dua jentera FRT, sebuah CFRT, dua EMRS serta dua kenderaan Hilux.

Selain itu, beberapa agensi lain turut berada di lokasi bagi membantu dan menjalankan kawalan keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JLBAB) serta PBS Simpok.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16