Pemilihan PKR medan persiapan untuk hadapi PRU16

KUANTAN – Pemilihan pimpinan pusat PKR bukan semata-mata untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, tetapi supaya parti itu mampu terus hidup dan lebih kukuh.

Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, barisan pimpinan dipilih kelak perlu mencari jalan supaya parti dapat bertahan untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

“PKR perlu menghadapi cabaran dalam mengekalkan momentum kelangsungan parti pada masa hadapan.

“Saya sangat bimbang sekiranya parti kita menerima nasib seperti yang berlaku ke atas Parti Kongres di India, yang menyaksikan kekalahan di negeri pada 2003 dan dalam tempoh 20 tahun kemudiannya, mereka hilang kerajaan pusat,” katanya ketika berucap pada program Temu Rapat Akar Umbi: Bersama Membina Parti Kita di sini, malam tadi.

Hadir sama, Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan calon Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.

Dalam perkembangan sama, Nurul Izzah memberitahu, pemilihan parti perlu menjadi medan untuk membina setiakawan.

“Cukuplah masa berlawan sesama parti, kelak akan berpecah.

“Sebab itu, jika timbul sebarang isu atau ada yang terbuku, elok berjumpa untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Beliau berkata, inilah masa untuk parti menunjukkan kepada dunia, khususnya kepada parti komponen, bahawa mereka mampu membantu memperkukuh kerajaan negeri dan pusat serta kesatuan dalam PKR sendiri.

“Setiap yang dilakukan harus mengutamakan misi, perjuangan dan kelangsungan.

“Sekiranya ia tidak diteruskan, kita boleh kehilangan momentum,” ujarnya.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16