Pemerkasaan proses sulh bantu kurangkan kelewatan kes Mahkamah Syariah

PEMERKASAAN proses sulh dan penambahbaikan sistem pengurusan kes dikenal pasti antara langkah penting dalam usaha mengurangkan kelewatan penyelesaian kes di Mahkamah Syariah.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Moies Basri berkata, pelbagai usaha sedang dilaksanakan bagi mempercepatkan perjalanan kes tanpa menjejaskan prinsip keadilan dalam perbicaraan.

Beliau berkata, komitmen kerajaan untuk menambah baik peranan Mahkamah Syariah dalam menangani isu kelewatan penyelesaian kes wajar disambut baik semua pihak.

“Saya mengalu-alukan kenyataan Menteri (Dr Zulkifli Hassan) berkenaan komitmen untuk mengatasi kelewatan proses penyelesaian kes di Mahkamah Syariah.

“Mempercepatkan penyelesaian kes secara umumnya baik untuk semua pihak. Namun ia juga tidak boleh dilihat bahawa mahkamah terlalu tergesa-gesa sehingga mengetepikan ciri-ciri keadilan untuk sesuatu perbicaraan,” katanya dalam kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP) pada Khamis.

Pada Rabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, usaha memperkasa institusi Mahkamah Syariah terus menjadi keutamaan kerajaan, khususnya dalam memastikan kes berkaitan kekeluargaan Islam dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan teratur.

Zulkifli berkata, perhatian kini diberikan terhadap isu kelewatan membabitkan tuntutan harta sepencarian, nafkah serta hak penjagaan anak yang sering memberi kesan kepada kesejahteraan pihak terlibat.

Katanya, beberapa inisiatif dan penambahbaikan sudah digerakkan bagi memperkemas prosedur pengurusan kes selain meningkatkan kecekapan sistem penyampaian Mahkamah Syariah.

Dalam pada itu, Moies berkata, pihak berkaitan sejak sekian lama memberi tumpuan terhadap usaha memperkemas prosedur dan tatacara di Mahkamah Syariah bagi mengurangkan kelengahan kes.

“Buat masa ini memang masih banyak ruang untuk mempercepatkan proses penyelesaian kes dan sepanjang masa ini juga pihak-pihak yang berkenaan memang memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik tatacara dan prosedur di Mahkamah Syariah.

“Kaedah ini mengurangkan kelengahan dalam perbicaraan seperti sistem pengurusan kes yang efisien untuk membantu hakim-hakim bicara mempercepatkan perbicaraan.

“Termasuk juga pemerkasaan proses sulh atau perbincangan awal untuk berunding penyelesaian kes lebih awal dan dengan cara baik,” katanya.

Beliau berkata, pengenalan mahkamah khas bagi kes nafkah turut membantu mempercepatkan penyelesaian kes berbanding kaedah terdahulu.

Jelasnya, langkah penambahbaikan berterusan itu penting bagi memastikan sistem kehakiman syariah lebih cekap dan responsif terhadap keperluan masyarakat.

Related Posts

MTEN tidak bincang pengurangan kuota BUDI95

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang perbincangan dilaksanakan Kerajaan MADANI menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk mengurangkan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95). Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, fokus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengesahan umur jadi benteng ampuh lumpuhkan anonimiti penjenayah siber

PUTRAJAYA – Sekatan akses platform media sosial kepada individu di bawah usia 16 tahun disifatkan sebagai ‘benteng digital’ paling ampuh bagi melumpuhkan ruang gerak pemangsa siber di negara ini. Langkah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua wanita direman, mangsa dipukul dan dipaksa berbogel dalam kes samun

Dua wanita direman, mangsa dipukul dan dipaksa berbogel dalam kes samun

Ketua pembangkang P.Pinang dikejar ke hospital, tekanan darah tinggi

Ketua pembangkang P.Pinang dikejar ke hospital, tekanan darah tinggi

Kolej Komuniti Pontian dibangunkan, perkukuh TVET dan pertanian pintar di Johor

Kolej Komuniti Pontian dibangunkan, perkukuh TVET dan pertanian pintar di Johor

Keputusan tangguh AKPS bukti Hajiji dengar suara rakyat Sabah

  • By Ynom
  • May 14, 2026
Keputusan tangguh AKPS bukti Hajiji dengar suara rakyat Sabah

Sabah Electricity jelas isu peningkatan bil, cagaran tambahan yang tular di media sosial

Sabah Electricity jelas isu peningkatan bil, cagaran tambahan yang tular di media sosial

AKPS: KPPIS sambut baik keputusan Kerajaan Negeri Sabah

AKPS: KPPIS sambut baik keputusan Kerajaan Negeri Sabah