
PEMERGIAN Allahyarhamah Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman merupakan satu kehilangan besar kepada negara.
Menerusi hantaran Facebook, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, turut menzahirkan rasa sedih.

Jelasnya, sepanjang hayatnya banyak jasa Allahyarhamah kepada negara yang sebelum ini pernah menyandang jawatan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Ketua Wanita UMNO dan juga bekas Ahli Parlimen Paya Besar.
“Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang telah meninggal dunia kira-kira jam 11.23 malam tadi.
“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar kepada negara, negeri Pahang dan juga UMNO kerana banyak jasa telah Allahyarhamah curahkan sepanjang hayatnya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO itu turut mendoakan kebaikan kepada Allahyarhamah.
“Semoga roh Allahyarhamah Tan Sri dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.