Kelantan terima kecaman warganet anjur konsert hiburan

KOTA BHARU – Konsert XPDC yang diadakan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort, semalam telah menerima banyak kecaman dan teguran dari warganet termasuk masyarakat di negeri ini.

Konsert berkenaan dikecam warganet dan menganggap semakin merosakan bahkan menyifatkan seolah-olah tidak mencerminkan identiti negeri Serambi Mekah sebagaimana diuar-uarkan.

Antara maklum balas dari warganet, Kelantan yang dikenali sebagai bumi Serambi Mekah telah berbeza dengan sebelum ini di mana budaya Islamik kian luntur dalam kalangan generasi baharu.

“Adab dan nilai Islam semakin lemah… budaya Barat dijadikan ikutan… kekayaan dan kemajuan dikejar sehingga melupai kesannya kepada generasi sekarang.

“Oleh itu, peliharalah keluarga kita dari terjebak dengan kemaksiatan dan kerosakan yang kian terjadi di akhir-akhir zaman ini,” katanya.

Selain itu, rata-rata warga maya turut mengkritik penganjuran sedemikin semakin merosakkan dan melalaikan selain seolah-olah mahu menormalisasikan anak muda dengan aktiviti konsert.

Ada juga memberikan komen bahawa tanda-tanda liberal juga mula meresapi masuk ke negeri Kelantan bahkan semakin hari semakin banyak konsert dan pesta diadakan di negeri itu.

Berikut adalah antara beberpa komen yang dilontarkan warganet.

“Apakah sudah tamat pemerintahan kerajaan Islam. MB dan gengnya sudah jadi penganut liberal ke sekarang ini? Dah jadi macam KL Selangor dah. Konsert bercampur jantan betina. Kalau beginilah ‘next’ panggung wayang tak mustahil akan dibuka.”

“Kelate yang tengah dahagakan konsert-konsert hiburan.”

Terdahulu, Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, perkara itu termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Related Posts

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

KUCHING – Sarawak menetapkan pendirian teguh bahawa terdapat empat perkara asas di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dikategorikan sebagai ‘tidak boleh dirunding’ dan tidak akan dikompromi dalam sebarang rundingan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

SIBU – Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda perlu dipergiat bagi melahirkan masyarakat yang kreatif, inovatif dan mampu bersaing di peringkat global. Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sayed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan