Pembinaan jambatan Kampung Selampit dimulakan Oktober ini – Billy Sujang

LUNDU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang berkata kerja pembinaan jambatan sepanjang 200 meter di Kampung Selampit akan bermula pada Oktober ini.

Projek jambatan yang bernilai RM27.93 juta itu dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

“Saya sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan tambahan berjumlah RM17 juta daripada kerajaan Sarawak bagi membina jalan akses sejauh 1.2 kilometer yang akan menghubungkan kampung tersebut dengan jambatan yang bakal dibina,” ujar beliau ketika ditemu bual media.

“Pampasan kepada pemilik tanah yang terjejas akan dibuat dalam masa terdekat, dan majlis pecah tanah dijangka berlangsung pada pertengahan September ini, tambah beliau lagi.

Selain itu, Billy turut mengumumkan menyediakan perahu tambang baharu untuk kegunaan penduduk Kampung Selampit sementara menunggu jambatan itu siap.

“Perahu ini, yang direka dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik, akan dibekalkan menggunakan peruntukan di bawah Agensi Penyelaras Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) dan akan diserahkan pada masa terdekat.”

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik