Pembinaan jalan raya Mengatai-Ulak perlu dipercepat

LIMBANG – Jabatan Persekutuan dan Agensi Pelaksana terlibat diminta untuk mempercepatkan pembinaan jalan raya dari Kampung Mengatai hingga ke Kampung Ulak yang sudah lama terbengkalai.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, jalan tersebut merupakan jalan utama digunakan oleh penduduk kampung yang tinggal di sepanjang batang sungai.

Ujarnya, jalan berkenaan sebelum ini sudah dalam pembinaan namun kontraktor terlibat tidak dapat menyiapkannya mengikut ketetapan menyebabkan projek itu terbengkalai.

“Cakap terus terang, bukannya salah kerajaan, bukannya salah wakil rakyat, tetapi kontraktor yang cabut lari,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penangguhan Pesta Lumpur Berbuak 2024 di kawasan Lumpur Berbuak Kampung Meritam Limbang, semalam.

Datuk Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang itu menjelaskan, peruntukan baharu bagi menyiapkan projek tersebut sudah ada dan sekarang dalam peringkat pelaksanaan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Saya berharap selepas ini tidak lagi berlaku sebarang kelewatan atau masalah dalam perlaksaan projek ini.

“Saya berharap daripada peringkat pemilihan kontraktor itu kita kena pilih yang betul-betul cekap boleh mampu melaksanakan dengan baik,” tegasnya.

Related Posts

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa usahawan wanita muda kini diperluas di utara Sabah menerusi penganjuran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi yang akan berlangsung pada 23…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

KOTA MARUDU – Setiap pandangan dan keluhan masyarakat setempat berkenaan pendidikan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, termasuk status semasa SMK Langkon. Menurut Ketua Cabang PKR Kota…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET