Kes culik Albertine Leo: Polis mohon sambungan reman

JOHOR BAHRU – Polis akan memohon sambungan reman terhadap salah seorang suspek yang didakwa menculik Albertine Leo Jia Hui, 6, yang tamat reman hari ini.

Ketua Polis Johor, CP M Kumar berkata, ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Suspek berusia 31 tahun itu ditangkap ketika operasi menyelamat mangsa di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor.

“Sambungan reman dimohon selama tujuh hari mulai esok hingga 5 Ogos ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap lelaki tempatan yang ditangkap berhubung kejadian culik kanak-kanak berkenaan di kawasan Eco Galleria pada 20 Julai lepas.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyarankan sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan ke talian Polis Johor 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang ketika berada di pusat membeli-belah di Iskandar Puteri, Johor. Ketika operasi pencarian, mangsa ditemui selamat di satu lokasi di Selangor.

Susulan itu, polis menahan empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 28 hingga 55 tahun yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan Albertine. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat lepas.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16