Pemberi maklumat hanya layak dilindungi selepas buat laporan – Azalina

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman berkata, ia prosedur yang termaktub di bawah akta terbabit.

“Contohnya, kalau kes rasuah, pemberi maklumat kena beri maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dahulu. Kemudian agensi itu akan membuat siasatan dan keputusan sama ada individu itu dilihat layak sebagai pemberi maklumat atau tidak. Itu prosedurnya.

“Yang tak bolehnya, bila kita tahu maklumat dan kita tidak buat laporan kepada agensi yang bertanggungjawab tetapi tiba-tiba buat kenyataan mahu perlindungan. Itu sebab kita ada undang-undang yang memberikan mereka perlindungan antara agensi dan pemberi maklumat.

“Tapi kalau seseorang menganggap kerana kita mahu bercakap dengan media dan kita nak dapatkan perlindungan, pada saya itu untuk agensi yang tentukan. Sebab agensi pun nak nilai maklumat yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Timbang Tara Antarabangsa 2024 di Kuala Lumpur, lapor Bernama pada Rabu.

Pada Sabtu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan pegawainya telah berjumpa dengan seorang pemberi maklumat pada 30 Oktober lepas membabitkan kes klip video beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa meminta wang sebagai balasan menyokong kelulusan projek.

Pemberi maklumat dalam kes itu juga dikatakan menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminta diberi perlindungan sebelum membuat laporan SPRM.

Bagaimanapun, semalam Anwar dilaporkan berkata, beliau tidak akan memberi perlindungan kepada sesiapa yang terbabit rasuah.

Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan teliti terhadap semua kes termasuk skandal terbabit.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA