Pembangunan negara perlu beralih kepada model inovatif dan dinamik – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan, perancangan pembangunan negara perlu beralih kepada model yang lebih inovatif dan dinamik, tanpa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan semata-mata.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata dalam mendepani suasana geopolitik dan ekonomi global yang semakin mencabar, Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada pendekatan lama.

Perkara itu, menurut beliau, ditegaskan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-50 yang berlangsung semalam, yang turut menyentuh perkembangan mutakhir berkaitan konflik di Asia Barat.

“Mesyuarat ini telah meneliti pelbagai aspek perancangan fizikal negara dengan penekanan kepada pertumbuhan yang seimbang dan mampan, termasuk usaha memperkasa ekonomi tempatan serta memastikan penggunaan tanah yang lebih optimum dan berimpak tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau bèrkata, Kerajaan MADANI kekal komited untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti, sistem mobiliti yang lebih cekap, serta pembangunan persekitaran bandar yang selesa dan lestari.

Beliau turut menekankan bahawa pembangunan fizikal negara mestilah berteraskan kesejahteraan rakyat, yang didukung oleh perancangan tersusun serta pelaksanaan yang berkesan.

“Insya-Allah, kita akan terus memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan,” katanya.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang