Bangladesh diminta pertimbang pengurangan kos pengambilan pekerja ke Malaysia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meminta kerajaan Bangladesh mempertimbangkan langkah pengurangan kos bagi pengambilan pekerja dari negara itu ke Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata langkah berkenaan penting demi kesejahteraan pekerja.

“Saya tegaskan keperluan untuk mengurangkan kos pengambilan pekerja asing serta meminta Kerajaan Bangladesh mempertimbang langkah mengurangkan kos ini demi kesejahteraan pekerja,” katanya.

Perkara itu dinyatakan ketika beliau menerima kunjungan hormat Menteri Buruh dan Pekerjaan Bangladesh, Ariful Haque Choudhury, bersama Penasihat kepada Perdana Menteri Bangladesh, Dr Mahdi Amin, di Putrajaya, semalam.

Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan kerjasama dua hala serta isu berkepentingan antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa Malaysia komited untuk terus melindungi kebajikan ratusan ribu pekerja Bangladesh di negara ini, khususnya dalam sektor pembinaan dan pembuatan.

Pada pertemuan sama, beliau turut mengulangi ucapan tahniah kepada Tarique Rahman atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Bangladesh pada 17 Februari lalu.

Tarique, 60, yang juga Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia, dan bekas Presiden, Ziaur Rahman.

“(Saya) sekali lagi mengulangi jemputan agar beliau berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat,” katanya.

Perdana Menteri turut menyatakan harapan agar hubungan persahabatan Malaysia-Bangladesh terus diperkukuh berteraskan kepercayaan serta manfaat bersama.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang