Pemasangan iklan sekitar DBKK perlu permit sah

KOTA KINABALU – Semua pemasangan iklan sekitar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memerlukan kelulusan dan permit sah daripada DBKK mengikut undang-undang yang telah dikuatkuasakan sejak lebih empat dekad lalu.

DBKK berkata, tindakan itu diambil susulan rungutan daripada segelintir pihak berhubung tindakan penguatkuasaan terhadap iklan tanpa permit yang dipasang di sekitar bandar raya.

“Semua bentuk pemasangan iklan seperti sepanduk, banting, papan tanda premis atau papan arah di kawasan pentadbiran DBKK adalah tertakluk di bawah Kota Kinabalu Municipal Council (Advertisement) By-laws, 1983.

“Undang-undang ini telah lama diwarta sejak 42 tahun lalu dan masih berkuat kuasa hingga hari ini,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

DBKK menjelaskan bahawa meskipun peruntukan undang-undang tidak mewajibkan pemberian notis sebelum mengenakan kompaun, pihaknya lazimnya akan mengeluarkan notis peringatan terlebih dahulu sebagai langkah mendidik dan menggalakkan pematuhan dalam kalangan peniaga.

“Sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), DBKK hanya menjalankan tanggungjawab untuk memastikan undang-undang dipatuhi bagi memastikan bandar raya ini kekal tersusun, bersih dan bebas daripada lambakan iklan demi kepentingan seluruh komuniti” jelasnya.

Dalam usaha memudahkan urusan permohonan permit iklan, DBKK turut memperkenalkan beberapa inisiatif termasuk penyebaran maklumat melalui media sosial rasmi, penerangan semasa proses permohonan lesen perniagaan dan penyediaan talian khas untuk sebarang pertanyaan mengenai pemasangan iklan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membuat rayuan berkaitan lesen iklan boleh menghubungi Jabatan Pelesenan (Bahagian Iklan), DBKK di talian 088-521800.

Related Posts

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

MELAKA – Lima kenderaan mewah bernilai kira-kira RM2.2 juta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas lesen kenderaan motor tamat tempoh, selain tiada perlindungan insurans sah. Semua kereta membabitkan Toyota…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

  • By Ynom
  • April 20, 2026
320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi