
PEMANTAUAN udara oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi penggunaan dron berjaya mengesan aktiviti pembuangan sampah secara haram di Bukit Changgang dan Kampung Lombong,
Kuala Langat baru-baru ini.
Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan dua notis kesalahan telah dikeluarkan pada 8 dan 12 Januari lalu mengikut Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil (4) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007.
Menurutnya, MPKL akan terus mempertingkat usaha membanteras kegiatan pembuangan sampah haram di seluruh daerah melalui pemantauan berterusan serta tindakan penguatkuasaan yang tegas.
“MPKL tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan akan memperkukuh operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa,” tegas kenyataan itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan berkaitan aktiviti pembuangan sampah haram boleh menyalurkan laporan melalui saluran berikut:
- Laman aduan rasmi: mpkl.spab.gov.my
- Talian: 012-300 4130




