Pemandu disyaki di bawah pengaruh alkohol terbabas di Bulatan Sin On

TAWAU – Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas jipnya terbabas dan merempuh tebing simen konkrit jalan di Bulatan Baru Sin On, awal pagi Jumaat dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, pemandu berumur 27 tahun berkenaan hanya cedera ringan di bibir.

“Semasa kejadian, pemandu tersebut dalam perjalanan dari Bandar Tawau menuju ke Taman Dah Hua.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu tidak menyedari kewujudan bulatan di hadapannya lalu kenderaannya melanggar bulatan terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, jip terbabas dan terbalik ke sebelah kanan jalan serta melanggar tebing simen konkrit jalan,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Champin, pemandu jip berasal dari Sandakan berkenaan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tawau dan sampel darah telah diambil untuk tujuan analisis serta siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara selama tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM10, 000 dan tidak melebihi RM30, 000.

“Pesalah juga boleh hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun daritarikh sabitan, ” katanya.

Sehubungan itu, Champin menasihatkan orang ramai agar tidak memandu di bawah pengaruh alkohol dan sentiasa memberi perhatian penuh ketika memandu khususnya pada waktu malam demi keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa