Pelajar tingkatan dua lemas di tasik 

KOTA KINABALU – Seorang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon ditemukan lemas semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di tasik berhampiran Residensi Menggatal di sini pada tengah hari Jumaat. 

Mangsa dikenali sebagai Hazwi Danial A. Rashid berumur 14 tahun. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi kejadian melibatkan dua orang mangsa lemas di dalam tasik semasa menjalankan aktiviti mandi-manda bersama rakan seramai 20 orang. 

“Mangsa pertama dikenali sebagai Adi Iskandar Abdullah, 14 tahun berjaya diselamatkan dan diberikan bantuan pernafasan CPR oleh rakan mangsa sehingga sedar. 

“Manakala mangsa kedua telah dijumpai pasukan Bomba di kedalaman 10 kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Perubatan,” katanya. 

Jelasnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. 

Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.12 petang.

Related Posts

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan komitmen memperkasa sektor perumahan di Sabah melalui pelaksanaan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN). Timbalan Menterinya, Datuk Aiman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

PAPAR – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan sebuah gelanggang futsal berbumbung lengkap dengan grandstand di daerah ini. Hajiji berkata, peruntukan itu sebahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM