Malaysia komited penuhi peraturan pengeluaran minyak sawit mampan

PUTRAJAYA – Malaysia mengulangi komitmen terhadap pengeluaran minyak sawit mampan susulan pengumuman terkini Suruhanjaya Eropah bahawa ia tidak akan menangguhkan pelaksanaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebagai sebuah negara, Malaysia komited kepada matlamat utama kemampanan global seperti antara lain mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus liputan hutan, mencapai pelepasan sifar bersih gas rumah hijau (GHG) menjelang 2050, mengurangkan intensiti karbon berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dan mengurangkan pelepasan metana global sebanyak 30 peratus menjelang 2030.

“Sektor minyak sawit Malaysia mengamalkan piawaian kemampanan yang ketat melalui skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

“Inisiatif ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kita terhadap ketelusan dan kebolehjejakan sepanjang rantaian bekalan, tetapi juga memastikan industri bersedia sepenuhnya untuk mematuhi peraturan berkenaan.

“Malaysia menekankan empat fokus utama dalam memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia, yang merangkumi elemen kebolehjejakan, bebas daripada penebangan hutan, pemilikan tanah yang sah, dan amalan buruh yang baik selaras dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Johari berkata, daripada 5.7 juta hektar kawasan tanaman sawit di Malaysia, 73 peratus diterajui syarikat besar, di mana kebanyakan mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan sokongan untuk mematuhi peraturan serta mengeksport ke pasaran Eropah.

“Selebihnya, 27 peratus daripada pengeluaran minyak sawit yang dihasilkan oleh kira-kira 450,000 pekebun kecil, menghadapi cabaran unik dalam menyesuaikan diri dengan landskap peraturan yang semakin berkembang.

“Kerajaan, melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi, sedang giat melaksanakan inisiatif peningkatan kapasiti untuk menyokong peralihan mereka ke arah pematuhan EUDR.

“Ini penting untuk memastikan mata pencarian pekebun kecil ini tidak terjejas oleh pelaksanaan peraturan terbabit.

“Malaysia kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan rakan antarabangsa kita untuk memastikan hasil yang saling menguntungkan serta memerangi perubahan iklim dan penebangan hutan,” katanya.

Related Posts

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri. Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit