Pelajar lepasan SPM perlu semak akreditasi sebelum mohon program pengajian

PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disarankan untuk menyemak akreditasi program yang ingin dimohon sebelum membuat keputusan menyambung pengajian di mana-mana institusi pendidikan tinggi (IPT).

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kebanyakan pelajar yang mendapat keputusan SPM akan merasa teruja untuk menyambung pelajaran terutamanya bagi yang mendapat keputusan cemerlang.

Mohammad Shatar berkata, keghairahan tersebut didorong oleh semangat yang luar biasa tetapi perlu melakukan pemilihan program yang sesuai dengan teliti.

“Kita faham keterujaan yang dirasai, namun menjadi tanggungjawab mereka untuk menyemak terlebih dulu program yang diinginkan itu mempunyai pengiktirafan atau sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini (24 April) seramai 402,956 calon SPM 2024 mengambil keputusan di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

Terdapat 20 universiti awam, 36 politeknik, 106 kolej komuniti dan 384 pusat pengajian tinggi swasta di negara ini dengan semua program pendidikan dikawal selia bagi memastikan ia mendapat kelayakan atau akreditasi daripada MQA.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, mengikut piawaian di Malaysia, setiap program pengajian haruslah mendapat pengiktirafan MQA, manakala di luar negara, terdapat badan akreditasi daripada badan yang terlibat.

“Jadi, apa yang kita boleh nyatakan kepada pelajar selepas SPM adalah mereka perlu menilai keputusan diperoleh sesuai untuk mengambil jurusan diinginkan.

“Selain itu, bagi pelajar yang memilih universiti dalam negara, pastikan universiti itu mendapat pengiktirafan atau akreditasi MQA.

“Kita tidak mahu segala bentuk pelaburan terutama masa dan wang ringgit menjadi sia-sia apabila diploma atau ijazah yang ditawarkan itu tidak diiktiraf MQA dan kerajaan Malaysia,” katanya.

Tambah Mohammad Shatar, keputusan peperiksaan umum itu merupakan tiket bagi pelajar menceburi pelbagai bidang diminati apabila melanjutkan pelajaran sekali gus menentukan kerjaya masa depan.

“Keputusan SPM ini boleh menentukan hala tuju pelajar sama ada mereka lebih cenderung dalam bidang berteraskan sains, sains sosial atau sastera mahu pun mengikuti bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Secara asasnya, SPM mampu dijadikan panduan menentukan hala tuju pelajar itu memilih bidang pengajian atau kerjaya mereka pada masa depan,” katanya.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak