Pelajar kibar bendera China adalah pelajar dari China

PUTRAJAYA – Pelajar yang mengibar bendera China di sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini, bukan warganegara Malaysia,

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dijelaskan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai kepadanya dengan mengatakan pelajar itu sebahagian daripada 33 pelajar dari China yang bersekolah di sekolah terbabit.

“Mereka bukan warganegara Malaysia, mereka belajar di sekolah berkenaan dan ada gambar lain yang menunjukkan pelajar dari China dan pelajar Malaysia kedua-duanya di sekolah ini.

“Mereka bersama-sama dalam satu aktiviti dan masing-masing mengibar bendera negara atau negeri masing-masing.

“Saya nampak (dalam gambar) ada pelajar warga China mereka kibarkan bendera China, ada pelajar mengibarkan Jalur Gemilang dan ada juga mengibarkan bendera Pulau Pinang,” katanya selepas menghadiri sesi Program Kesihatan Lembah Pantai bersama IMU Cares di PPR Kerinchi, hari ini.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas isu tular dua keping gambar dimuat naik menerusi media sosial memaparkan pelajar sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang memegang bendera China.

Sehubungan itu, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengenal pasti individu menyebar maklumat palsu kononnya pelajar Malaysia mengibarkan bendera China.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, polis sudah memiliki maklumat individu melakukan tindakan adu domba itu dan sedang dalam proses untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah