Pelajar dapat ilmu elak diperdaya ‘job scam’

KANGAR – “Saya rasa lebih yakin untuk cari kerja selepas ini sebab dah tahu cara kenal pasti taktik sindiket tawaran kerja palsu,” kata Isma Amylea Ismail.

Itu reaksi salah seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian Kangar, yang meluahkan rasa lega selepas menyertai Seminar Hindari Diri Dari Menjadi Mangsa Penipuan Peluang Pekerjaan (Job Scam) di sini hari ini.

Kata Isma Amylea, dia akan berkongsi segala ilmu yang diperolehi kepada rakan-rakan lain serta ahli keluarga bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan ‘job scam’.

Program anjuran Kementerian Sumber Manusia itu memberi pendedahan langsung kepada golongan pelajar dan pencari kerja tentang taktik sindiket yang menyamar sebagai majikan atau ejen kerja sah.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusof, sindiket kini semakin licik dengan menyasarkan individu yang baru tamat pengajian dan sedang terdesak mencari pekerjaan.

“Ramai antara mereka tertipu kerana terlalu teruja untuk bekerja dan mudah terpedaya dengan janji gaji lumayan serta tawaran kerja segera.

“Dengan seminar ini, kita bukan sahaja beri pendedahan, malah ajar mereka bagaimana mengesan penipuan dan gunakan saluran sah seperti portal MyFutureJobs,” katanya ketika merasmikan seminar berkenaan.

Katanya, program sebegini akan terus diperluaskan ke seluruh negara sebagai usaha membina daya tahan mental terhadap tipu daya sindiket.

Seorang lagi peserta, pelajar Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah Kangar, Nur Fikriyah Hanis Saiful Azli berkata, dia bertuah kerana mendapat pendedahan mengenai MyFutureJob.

“Sebelum ini saya tahu mengenai Jobstreet, namun melalui seminar hari ini, perbentangannya jelas bagaimana untuk memohon pekerjaan menerusi MyFutureJob yang lebih selamat.

“Program ini sangat bagus kerana memberi kami pendedahan awal dari alam persekolahan ke alam pekerjaan selain dapat menghindarkan diri daripada menjadi mangsa ‘job scam’,” ujarnya.

Program itu turut melibatkan agensi penguatkuasaan seperti JTKSM, PDRM dan PERKESO yang berkongsi tentang saluran aduan serta peranan mereka dalam membanteras sindiket.

Related Posts

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

KOTA KINABALU – Sabah melangkah lebih dekat ke era digital penuh apabila CTS Horizon Sdn. Bhd. menyatakan komitmen mereka untuk memperkukuh infrastruktur telekomunikasi dan keterhubungan negeri ini. Timbalan Ketua Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

KOTA KINABALU – Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 negeri ini menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila mampu bersaing dengan negeri-negeri lain. Pengarah Pendidikan Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town