Pelabuhan Klang antara 11 pelabuhan paling sibuk di dunia

KUALA LUMPUR – Pelabuhan Klang disenaraikan sebagai pelabuhan ke-11 paling sibuk global pada 2023, demikian menurut laporan oleh Lloyd’s List.

Kedudukan pelabuhan terbesar di Asia Tenggara – merangkumi Northport dan Westports – itu juga meningkat dua anak tangga berbanding sebelum ini dalam kalangan 100 pelabuhan dunia yang lain.

Ia juga adalah satu daripada tujuh pelabuhan dalam 20 teratas dunia mencatat peningkatan kedudukan berbanding tahun sebelumnya.

Pelabuhan lain yang turut mencatatkan peningkatan termasuk Dubai, Xiamen, Laem Chabang, Kaohsiung, Tangier Med dan Taicang.

Seorang pemerhati pasaran meramalkan Pelabuhan Klang berpotensi menembusi kedudukan 10 teratas dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

“Prestasi Pelabuhan Klang telah bertambah baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan lokasinya yang strategik di persimpangan laluan perkapalan utama yang menghubungkan Asia, Eropah dan Asia Barat.

“Ini menjadikannya hab pemindahan penting di rantau ini. Kami menjangkakan kayu, kenderaan, pukal cecair seperti lateks, minyak sawit dan kelapa, serta produk petroleum akan kekal sebagai eksport utama pelabuhan ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Pada 2023, Pelabuhan Klang mengendalikan 14.06 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU), naik sebanyak 6.3 peratus berbanding 13.22 juta TEU yang direkodkan pada 2022.

Kontena import dan eksport tempatan meningkat sebanyak 8.4 peratus kepada 6.16 juta TEU, berbanding 5.68 juta TEU pada tahun sebelumnya.

Dalam separuh pertama tahun ini, Pelabuhan Klang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus tahun ke tahun dalam jumlah kontena, mencapai 8.4 juta TEU dan meramalkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus untuk keseluruhan tahun ini dengan unjuran 14.83 juta TEU.

Related Posts

Sidang Khas Parlimen bincang isu tarif AS

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sidang khas Parlimen yang akan diadakan pada 5 Mei ini bagi menjelaskan langkah-langkah yang diambil kerajaan berhubung isu kenaikan tarif yang diumumkan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hubungan ASEAN kekal berkecuali dengan AS, China – Amir Hamzah

ASEAN kekal konsisten berpendirian neutral dalam mengekalkan pendirian berkecuali dengan kedua-dua kuasa besar dunia Amerika Syarikat (AS) dan China sebagai teras diplomatik di rantau ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

  • By Ynom
  • April 28, 2025
Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan