Pelabuhan Bintulu biayai Anjung Kasih di Hospital Bintulu

BINTULU – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Nancy Shukri berkata Pelabuhan Bintulu bersetuju membiayai sepenuhnya Anjung Kasih di Hospital Bintulu.

“Pelabuhan Bintulu memberikan sumbangan sebanyak RM1 juta untuk penubuhan Anjung Kasih dan ini merupakan langkah signifikan dalam memperkukuh sokongan kepada waris pesakit yang memerlukan penginapan semasa menemani pesakit di hospital kerajaan.

“Kolaborasi ini mencerminkan komitmen Pelabuhan Bintulu dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan diharapkan dapat menjadi contoh bagi syarikat lain untuk menyokong golongan yang memerlukan,” katanya.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN itu turut menegaskan penubuhan Anjung Kasih dapat membantu pihak hospital mengatasi masalah kepadatan waris pesakit di wad serta mengurangkan risiko pendedahan waris kepada jangkitan penyakit.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara YKN dan Pelabuhan Bintulu pada Khamis.

Sebanyak 19 Anjung Kasih dibuka di seluruh negara sejak mula beroperasi pada tahun 2006 dan memberi manfaat kepada lebih 104,714 penghuni.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron, serta tetamu kehormat yang lain.

Related Posts

Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

SANDAKAN – Terry Pernell, seorang American Travel Content Creator, meluahkan rasa kagum terhadap keindahan dan keramahan penduduk di Sandakan, Sabah. Menurut Terry, minatnya untuk meneroka Asia bermula selepas pengalaman melancong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

KUDAT – Seramai 150 penerima dari Kudat dan Labuan menerima pek makanan perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina menerusi program Memacu Kehidupan anjuran Yayasan Petronas. Daripada jumlah itu, 100 keluarga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

  • By Fandi
  • February 14, 2026
Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang