Pekerja asing juga perlu dibayar gaji minimum RM1,700

PUTRAJAYA – Perintah Gaji Minimum (PGM) sebanyak RM1,700 yang akan berkuat kuasa Februari tahun depan terpakai kepada semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik dan kontrak perantisan.

Menurut soalan-soalan lazim (FAQ) PGM yang disediakan Sekretariat Majlis Perundingan Gaji Negara, dasar gaji minimum hendaklah tidak mendiskriminasi seseorang pekerja atas alasan kewarganegaraan selaras Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration yang diratifikasikan oleh Malaysia pada 1997.

Selain itu, Seksyen 69F Akta Kerja 1955, Seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) atau Seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) tidak membenarkan sebarang bentuk diskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing.

“Majikan wajib membayar kadar gaji minimum kepada pekerja walaupun pekerja bersetuju untuk majikan membayar gaji pokok lebih rendah daripada gaji minimum selaras Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732),” menurut FAQ itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika pembentangan Belanjawan 2025 semalam mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja selama enam bulan hingga 1 Ogos 2025.

Menurut FAQ itu, PGM sebanyak RM1,700 yang akan berkuat kuasa pada 1 Februari depan melibatkan majikan yang mengambil lima pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional tanpa mengira bilangan pekerja.

Merujuk kepada pengkelasan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020 terdapat sembilan kumpulan sub utama aktiviti profesional iaitu profesional sains dan kejuruteraan, profesional kesihatan, profesional perguruan, profesional perniagaan dan pentadbiran serta profesional teknologi maklumat dan komunikasi.

Turut tersenarai profesional perundangan, profesional perkhidmatan hospitaliti dan yang berkaitan, profesional sosial dan kebudayaan serta profesional badan pengawalaturan.

FAQ itu memaklumkan seseorang yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada mereka hendaklah tidak kurang daripada gaji minimum bulanan semasa iaitu RM1,700.

Related Posts

Boleh ambil tindakan undang-undang kes objek jatuh dari angkasa

PUTRAJAYA – Malaysia boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya objek yang jatuh dari angkasa mengancam keselamatan negara, termasuk menyebabkan kecederaan kepada rakyat atau kerosakan harta benda. Bagi insiden membabitkan dalam negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Ibrahim berkenan tandatangan RUU Antibuli 2026

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, hari ini. Akta itu digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember lalu, bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar