Papan iklan papar wajah Mufti Perlis, Rektor KUIPs diconteng

KANGAR – Poster yang memaparkan wajah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin pada papan iklan sewaan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Bulatan Persiaran Jubli Emas menjadi mangsa vandalisme oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain potret Mufti Perlis, potret Rektor KUIPs, Dr Muhamad Rozaimi Ramle turut menjadi mangsa dengan contengan cat merah berbentuk X pada papan iklan milik Majlis Perbandaran Kangar yang disewakan kepada KUIPs.

Perkara itu disedari orang ramai yang melalui kawasan tersebut sejak pagi lagi dan sekitar pukul 12 tengah hari dilihat kehadiran jentera bomba dan anggota polis di lokasi.

Foto kejadian terbabit turut didedahkan menerusi Instagram drmaza_official dan Facebook Dr MAZA Channel dengan kapsyen: “Mula dah… sakan… kepada ALLAH kita bertawakal.”

Sementara itu, Muhamad Rozaimi menerusi hantaran dimuat bersama video di Facebook miliknya memaklumkan, kejadian terbabit berlaku hari ini.

“Demikianlah harga yang perlu dibayar di atas perjuangan kecil ini. Apabila kita mulakan langkah membela kebenaran dan membasmi kebatilan, akan ada yang tidak suka,” katanya.

Dalam perkongsian sama, beliau menyatakan, ia risiko dalam perjuangan yang perlu diterima.

Semalam, Mohd. Asri dalam satu ceramahnya di Masjid Alwi di sini mengenai pembongkarannya menjelaskan tiada pihak mengambil tindakan mengenai perbentangan satu kajian mengenai GISB.

Namun pihaknya mengambil keputusan untuk mengangkat isu tersebut walaupun tahu kesan dan risikonya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan