Pejalan kaki gelandangan, kurang siuman maut dirempuh kereta

TAWAU – Seorang pejalan kaki maut dipercayai gelandangan dan kurang siuman selepas dirempuh sebuah kenderaan dalam kemalangan di Batu 9 Jalan Apas, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin dalam kenyataan berkata, mangsa lelaki berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah kira-kira pukul 10 malam.

“Kemalangan berlaku semasa seorang lelaki berumur 28 tahun memandu kenderaannya dari Sandakan ke Tawau menuruni bukit di lokasi kejadian yang gelap dan berselekoh.

“Mangsa secara tiba-tiba melintas jalan dari bahu sebelah kiri dan keadaan itu tidak dapat dielakkan sehingga kenderaannya melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, Jasmin memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh tampil ke Balai Polis untuk memberi keterangan.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang