Peguam ibu Zara hormati keputusan mahkamah benar peguam bela ikuti inkues

KOTA KINABALU – Peguam ibu Zara Qairina Mahathir, menghormati keputusan Mahkamah Koroner yang menolak bantahan pihaknya dan membenarkan peguam mewakili lima kanak-kanak menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues tersebut.

“Pihak kami ada membantah terhadap permohonan peguam bela pesalah kanak-kanak sebagai pihak berkepentingan namun bantahan kami ditolak jadi kami menghormati keputusan mahkamah tersebut.

“Selain itu, Sabah Law Society (SLS) juga hadir sebagai peguam pemerhati manakala peguam kepada ayah Zara juga hadir dan dibenarkan sebagai saksi pihak berkepentingan dalam inkues ini,” kata Shahlan Jufri dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada Rabu.

Beliau berkata, pada prosiding inkues kematian Zara bermula pukul 2 petang itu, anggota pasukan forensik dijangka dipanggil sebagai saksi pertama.

“Selain pasukan forensik, ada juga pakar Patologi, saksi-saksi, polis, pelajar-pelajar sekolah, sekuriti dan lain-lain.

“Setakat ini saksi keseluruhan lebih kurang 68 orang. Bagaimanapun mungkin terdapat penambahan daripada kami pihak berkepentingan,” katanya.

Menurut Shahlan, semasa prosiding inkues bermula dan melibatkan saksi kanak-kanak, mahkamah akan mengadakan sidang tertutup bagi menjaga kerahsiaan mereka.

“Kita perlu ingat saksi-saksi ini adalah di bawah umur. Kanak-kanak ini perlu dijaga,” ujarnya.

Related Posts

Dipercayai hina mahkamah, AGC serah notis tunjuk sebab kepada Mona Din
  • FatinFatin
  • September 11, 2025

KOTA KINABALU – Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Rabu menyerahkan Notis Untuk Tunjuk Sebab kepada Che Muna Din atas kenyataan dipercayai menghina mahkamah yang dimuat naik menggunakan akaun Facebook ‘Mona…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues: Peguam ibu Zara akan bawa pakar psikologi buat profil mental arwah

KOTA KINABALU – Peguam mewakili ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir akan membawa seorang pakar psikologi dari Kuala Lumpur minggu depan bagi membantu prosiding inkues dengan menjalankan penilaian terhadap keadaan mental…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dipercayai hina mahkamah, AGC serah notis tunjuk sebab kepada Mona Din

  • By Fatin
  • September 11, 2025
Dipercayai hina mahkamah, AGC serah notis tunjuk sebab kepada Mona Din

Inkues: Peguam ibu Zara akan bawa pakar psikologi buat profil mental arwah

Inkues: Peguam ibu Zara akan bawa pakar psikologi buat profil mental arwah

Pegawai daerah, penolong diseru perkukuh peranan penghubung kerajaan dan rakyat

  • By Ithma
  • September 11, 2025
Pegawai daerah, penolong diseru perkukuh peranan penghubung kerajaan dan rakyat

Kekecohan di Kg Sungai Baru tidak patut berlaku, kata Zahid

Kekecohan di Kg Sungai Baru tidak patut berlaku, kata Zahid

Lelaki tempatan meninggal mengejut di hadapan pasar raya

Lelaki tempatan meninggal mengejut di hadapan pasar raya

Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong

Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong