PDRM tawar diskaun saman 60 peratus sempena dua tahun Kerajaan Madani

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 60 peratus bagi kesalahan terpilih sempena Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan diadakan pada 22 hingga 24 November 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convention Centre).

Kaunter pembayaran saman trafik dengan penawaran diskaun ini akan dibuka di KLCC Convention Centre sepanjang program tersebut bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Seperti amalan sebelum ini, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan membabitkan saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar.

Ini termasuk juga dengan saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubah suai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.

Jadi, jika anda berada di KL, jangan lupa ambil peluang ini untuk mendapatkan kadar diskaun bagi saman trafik terpilih. Sila lunaskan tunggakan saman yang ada bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu.

Dengan tema “Madani di Hati, Rakyat Disantuni”, pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung termasuklah reruai (booth) pameran, perkhidmatan terus kerajaan, sesi interaktif dengan agensi Kerajaan, pameran TVET, karnival kerjaya, jualan Madani dan banyak lagi.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam