PBT Pahang sudah selenggara parit, longkang

KUANTAN – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang sudah diarahkan melakukan kerja penyelenggaraan parit dan longkang dalam kawasan pentadbiran mereka bagi mengelak kesan banjir ketika musim tengkujuh.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, kerja penyelenggaraan itu membabitkan syarikat konsesi berkaitan dan dilakukan secara berkala.

“Ada kawasan dilakukan secara mingguan, bulanan dan ia memang dibuat mengikut jadual ditetapkan.

“Perkara ini bukan hanya dilakukan ketika musim tengkujuh sahaja, tapi setiap PBT ada kawasan dan jadual bagi kerja penyelenggaraan longkang ini.

“Ia bertujuan mengurangkan kesan apabila berlaku hujan lebat hingga air melimpah dan mengakibatkan banjir, jadi melalui kerja penyelenggaraan ini boleh kurangkan sikit kesan,” katanya selepas merasmikan Program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2024 Peringkat Pahang di Pekan, hari ini.

Program anjuran Jabatan Alam Sekitar Pahang itu antara inisiatif menyediakan platform kepada masyarakat dan memupuk kesedaran dalam pemeliharaan alam sekitar.

Dalam perkembangan berasingan, Mohammad Fakhruddin memberitahu setiap projek perumahan baharu di Pahang perlu mendapat Kebenaran Merancang daripada PBT dan agensi berkaitan.

Ini katanya bagi mengelak daripada projek terbabit dibina di kawasan berisiko bencana banjir dan bencana lain.

“Sebenarnya proses untuk mendapat kelulusan bagi pembinaan projek perumahan baharu memang memerlukan Kebenaran Merancang dan semua aspek akan diambil kira sebelum diluluskan.

“Maknanya, kelulusan projek perumahan itu bukan dibuat secara mudah, banyak benda dilihat dan diteliti sebelum ia diluluskan,” jelasnya.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar