Penjawat awam Pulau Pinang bakal terima bantuan RM1,000

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan peruntukan perbelanjaan bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 4,022 penjawat awam di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, bantuan khas tersebut merupakan apresiasi dan penghargaan kerajaan negeri kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri.

‘Sukacita saya umumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri.

“Dalam pada itu, BKK sebanyak RM300 akan disalurkan kepada penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR, SABK, guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang,” katanya.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika membentangkan Ucapan Belanjawan 2025 Pulau Pinang di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.

Jelasnya lagi, bayaran BKK tersebut akan ,mula disalurkan kepada mereka layak bermula pada bulan Disember ini.

“Pemberian BKK ini juga dipanjangkan kepada Badan Berkanun Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anak syarikat kerajaan negeri tertakluk kepada kemampuan kewangan masing-masing,” katanya.

Tambahnya, kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem saraan digunakan dalam perkhidmatan awam yang mana Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Pelaksanaan penuh sistem saraan ini akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2024. Dengan pelaksanaan SSPA ini, adalah diharapkan penjawat awam seluruh Pulau Pinang komited menggembleng tenaga dan melipatgandakan usaha dalam memenuhi aspirasi negeri.

“Sesuai dengan harapan Perdana Menteri yang dizahirkan semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) pada 16 Ogos lalu, penambahbaikan ini perlu disusuli dengan semangat ‘Strive for Excellence’.

“Peningkatan hasil negeri, politik yang stabil dan sikap positif untuk pembangunan negeri sudah pastinya bertunjangkan kepada keberhasilan seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang,” katanya.

Related Posts

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca
24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

KENINGAU – Seramai 24 individu dilantik sebagai ahli Majlis Daerah Keningau (MDK) bagi tempoh dua tahun, diseru agar menunaikan tanggungjawab mereka dengan tadbir urus yang lebih berkesan dan inklusif khususnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Mayat lelaki ditemukan dalam parit

  • By Fatin
  • April 29, 2025
Mayat lelaki ditemukan dalam parit

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026