PBT, agensi berkaitan digesa struktur semula penempatan di kawasan berisiko

TAWAU – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan digesa agar mengambil langkah menyeluruh bagi menyusun semula penempatan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tinggi khususnya di sekitar kawasan setinggan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah merangkap ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penstrukturan itu penting bagi mengelak bencana lain seperti kebakaran atau banjir berulang.

“Di pihak kita, kita telah mengumpulkan permohonan untuk memperbanyakkan lagi rumah rakyat dan kita juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana inisiatif rumah mesra SMJ itu sebenarnya banyak membantu penduduk termasuk dari kawasan setinggan.

“Malah sebahagian mereka juga telah berpindah ke kawasan yang lebih selesa dan lebih selamat,” katanya kepada media selepas melawat mangsa-mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Tawau, di sini, pada Sabtu.

Menurut Nizam berkata, pihaknya juga sedang meneliti permohonan penempatan mereka yang terjejas agar ditempatkan di PPR berdekatan.

Dalam pada itu, Nizam turut menasihati agar penduduk terjejas kebakaran yang ingin membina semula rumah hendaklah mendapatkan nasihat PBF agar rumah yang dibina mengikut spesifikasi yang dibenarkan undang-undang.

“Jika ingin membina rumah, tidak membin rapat-rapat antara satu sama lain. Begitu juga dengan penyambungan elektrik, air dan sebagainya.

“Kita berharap agar mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang mempunyai risiko terdedah dengan musibah kebakaran ini lebih berhati-hati,” ujarnya.

Turut hadir pada sesi lawatan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui.

Nizam dan SuFui masing-masing menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 80 Ketua Isi Rumah dari 40 buah rumah yang musnah dijilat api dalam kejadian di Kampung Titingan, pada Isnin.

Keseluruhan 353 mangsa yang terdiri daripada 113 lelaki, 115 wanita dan masing-masing 56 kanak-kanak termasuk bayi lelaki dan 58 kanak-kanak perempuan serta bayi ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Tawau sejak Isnin sehingga esok (Ahad).

Related Posts

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

MIRI – Gara-gara terpedaya dengan kata-kata manis seorang kenalan lelaki di aplikasi TikTok, seorang pesara swasta wanita berputih mata selepas kerugian RM1,173,700 akibat menjadi mangsa ‘Love Scam’. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’