PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

LAHAD DATU – Parti Bersatu Sabah (PBS) mengekalkan pendirian bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergerak solo sekiranya tidak berlaku sebarang rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pemangku Presidennya, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, setakat ini PBS sentiasa berada di belakang GRS.

“Tiada jalan lain untuk kita kecuali bersama GRS dan seperti mana kata Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, kami sedia bergerak solo jika tiada rundingan di pihak itu.

“Saya masih GRS dan saya juga sentiasa terbuka kepada idea untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),” katanya kepada media selepas merasmikan Angkat sumpah dan penyampaian watikah Ahli-ahli Majlis Daerah (AMD) Lahad Datu Sesi 2025-2027 di Majlis Daerah Lahad Datu, pada Khamis.

Joachim juga komited bahawa PBS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan terus bekerja demi perpaduan dan kemajuan Sabah.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026