KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

SANDAKAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan menjalankan pemeriksaan di Pasar Basah Sibuga Batu 8 selepas tular aduan awam berhubung penjualan ikan busuk di pasar berkenaan.

Menurut KPDN Sabah menerusi hantaran di Facebook, pemeriksaan dilakukan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN yang membuat semakan berdasarkan beberapa akta yang dikuatkuasakan.

Antaranya, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi memastikan peniaga mempamerkan tanda harga dengan jelas ke atas setiap barangan jualan.

“Selain itu, Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi menilai kewujudan unsur penipuan terhadap pengguna berkaitan kualiti barangan yang dijual.

“Turut disemak Akta Timbang dan Sukat 1972 bagi memastikan alat timbangan yang digunakan berfungsi dengan tepat dan sah,” kata kenyataan tersebut, di sini, pada Rabu.

Tambah KPDN Sandakan, hasil pemeriksaan mendapati peniaga mematuhi keperluan penandaan harga manakala alat timbangan yang digunakan berada dalam tempoh sah dan berkeadaan baik.

Selain itu, peniaga juga turut diberikan nasihat serta amaran lisan agar memastikan barangan yang dijual sentiasa segar dan mematuhi peraturan semasa.

“Pemeriksaan dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjamin hak dan keselamatan pengguna,” tambah kenyaataan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan boleh dibuat secara terus melalui e-aduan.kpdn.gov.my atau menghubungi KPDN Sandakan di talian 0896668107 atau WhatsApp ke 019-8488000 (Aduan Pengguna).

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026