PBB dedah realiti ngeri golongan OKU di Gaza

GENEVA – Sekurang-kurangnya 21,000 kanak-kanak di Gaza kini hidup dengan kecacatan kekal akibat konflik berpanjangan antara Israel dan Hamas sejak 7 Oktober 2023, menurut pendedahan terbaharu oleh Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU).

Laporan menyayat hati itu turut mendedahkan lebih 40,500 kanak-kanak cedera dan lebih separuh daripada mereka mengalami kecacatan yang tidak boleh dipulihkan.

Situasi menjadi lebih parah apabila golongan OKU sering tidak menerima amaran serangan kerana maklumat evakuasi tidak disediakan dalam format mesra OKU bagi mereka yang pekak atau buta.

“Laporan juga menyebut individu OKU terpaksa melarikan diri dalam keadaan tidak selamat dan tidak bermaruah, seperti merangkak di atas pasir atau lumpur tanpa sebarang bantuan mobiliti,” kata Jawatankuasa PBB.

Sekatan ketat terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan turut memberi kesan tidak seimbang kepada golongan OKU, menjadikan mereka antara yang paling terjejas dalam krisis ini.

“Mereka berdepan gangguan serius dalam mendapatkan bantuan, menyebabkan ramai tidak mempunyai makanan, air bersih atau kemudahan sanitasi,” menurut jawatankuasa itu.

Sebelum ini, terdapat lebih 400 pusat agihan bantuan di Gaza, namun kini hanya tinggal empat lokasi yang dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation, badan yang disokong Amerika Syarikat dan Israel.

Dalam keadaan serba kekurangan, sebanyak 83 peratus OKU kehilangan peralatan sokongan seperti kerusi roda, tongkat dan anggota palsu, yang penting untuk kelangsungan hidup harian mereka.

Lebih membimbangkan, peralatan ini tidak dibenarkan masuk ke Gaza kerana diklasifikasikan sebagai ‘barangan kegunaan berganda’ oleh pihak berkuasa Israel, dengan alasan ia berpotensi digunakan untuk tujuan bukan kemanusiaan.

Setakat 21 Ogos 2025, sekurang-kurangnya 157,114 individu telah cedera, dengan lebih 25 peratus daripadanya berisiko mengalami kecacatan kekal, menjadikan Gaza antara krisis kemanusiaan paling dahsyat dalam sejarah moden.

Jawatankuasa PBB menyeru semua pihak agar segera mengambil tindakan konkrit, termasuk menghantar bantuan berskala besar yang disesuaikan dengan keperluan OKU seperti peralatan sokongan, makanan khas, serta perkhidmatan kesihatan dan pemulihan.

Selain itu, mereka turut menuntut evakuasi yang selamat dan boleh diakses untuk semua OKU, perlindungan khas terhadap kanak-kanak OKU dalam zon konflik, serta jaminan agar mereka dapat pulang ke rumah dengan selamat dan memulakan semula kehidupan dengan bantuan yang mencukupi.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat