Patahkan tuntutan Sulu, Azalina ‘unsung hero’

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said disifatkan sebagai ‘unsung hero’ atas kemenangan penting kepada negara.

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata demikian susulan keputusan muktamad Mahkamah Agung Belanda yang menolak rayuan difailkan pihak Sulu sebagai berita baik untuk Malaysia.

“Tiga hari lepas alhamdullilah Malaysia sebenarnya telah menerima satu perkhabaran yang amat penting dan begitu membanggakan dari kamar International Court of Justice (ICJ) di Hague Belanda berhubung keputusan tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah dengan jumlah pampasan lebih dari RM60 bilion.

“Malaysia telah mendapat pengiktirafan akhir yang mengesahkan kumpulan Sulu tidak mempunyai sebarang hak terhadap Sabah dan tuntutan mereka tidak sah.

“Di sebalik kejayaan ini ada seorang sosok badan yang tidak pernah didendang (unsung hero) iaitu Azalina Ketua Penerangan yang juga Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi yang telah menyelamatkan tanah berdaulat Sabah dan wang rakyat berjumlah puluhan billion,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kata Gulam Muszaffar, negara hampir kehilangan aset penting seperti Petronas ke atas tuntutan ini yang ketika zaman Perdana Menteri ketujuh dan kelapan tidak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan wilayah-wilayah Sabah.

Katanya ia sama seperti mana negara terlepas Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

“Dalam UMNO sendiri, ada yang sinikal dengan tugasan Azalina selalu Ketua Penerangan UMNO itu sendiri dan ada sampai mencadangkan supaya ditukar kepada orang lain tetapi maaf kata mereka tidak memandang sudut tugasan dan pencapaian Azalina di pihak kerajaan.

“Ada sesuatu yang saya belajar daripada karektor Azalina ini ialah bila mana ada satu pepatah Inggeris berbunyi ‘keep your work in silence and let your success make noise’. Terbukti dan terdiam buat ‘haters’ beliau,” katanya.

Terdahulu Azalina menerusi akaun X berkata, keputusan Mahkamah Agung Belanda iaitu suatu yang muktamad dan sahih, menamatkan percubaan pihak menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Malaysia di Belanda.

“Keputusan Mahkamah Agung ini mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Hague pada 27 Jun 2023, yang mengekalkan cabaran Malaysia terhadap permohonan pihak menuntut di Belanda untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan Final Award yang dibuat oleh Dr Gonzalo Stampa di Paris pada 28 Februari 2022,” kata Azalina.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan