Pas tak ikhlas mahu jalin kerjasama semula dengan UMNO

PUTRAJAYA – Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kononnya sedia menjalinkan semula kerjasama dengan UMNO tanpa melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai tidak ikhlas.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebarang kerjasama antara UMNO dengan mana-mana parti, perlu membabitkan Ahmad Zahid selaku Presiden parti itu.

“Saya ingin mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi yang bersedia menjalin semula kerjasama dengan UMNO tanpa perlu melibatkan Ahmad Zahid.

“Bagi saya kenyataan Abdul Hadi itu tidak ikhlas serta hanya mementingkan parti mereka sahaja dan saya tidak nampak cadangan kerjasama ini dibuat atas dasar kepentingan Melayu dan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Rosdy berkata, jika Abdul Hadi ikhlas, beliau sudah tentu tidak ketepikan Presiden UMNO.

“Kenapa hendak ketepikan Presiden kami… adakah Abdul Hadi cuba memecahbelahkan UMNO yang semakin hari semakin kukuh.

“UMNO ada ketuanya dan jika Pas berhasrat mengadakan sebarang bentuk kerjasama, seharusnya perlu berbincang dan berunding dengan Presiden kami,” tegasnya.

Menteri Besar Pahang itu juga memaklumkan UMNO juga sentiasa terbuka mengadakan kerjasama, termasuk dengan Pas.

Namun katanya, jika Pas mahu kembali bekerjasama, perundingan boleh dibuat tanpa membabitkan Abdul Hadi.

“Pas jangan masa terdesak sahaja mencari UMNO… hakikatnya sewaktu Muafakat Nasional berlangsung, Pas tidak ikhlas pun untuk bersama UMNO.

“Oleh itu, sebagai Naib Presiden UMNO, saya tidak berminat untuk membuat sebarang perundingan yang membelakangkan ketua saya serta melaga-lagakan ahli UMNO,” ujarnya.

Related Posts

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MEMALUKAN! Demikian perkembangan terkini yang mengaitkan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dengan pertikaian undang-undang berhubung kenyataan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bukan sekadar isu individu. Ia membuka persoalan lebih besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang